Maksud: Lingkungan fikiran
alam fana
Maksud: Alam yang tidak kekal, alam khayalan
alam baka
Maksud: Alam akhirat, alam arwah
alam arwah
Maksud: Alam orang mati
alah sabung, menang sorak
Maksud: Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati / Biarpun kalah, namun cakap masih besar
Contoh ayat: Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
alah pinta dibuat sempena
Maksud: Walaupun diharapkan, kalau bukan haknya, ia tetap tidak akan dimiliki