Maksud: Segala kesukaran dan sebagainya tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dan sebagainya sesuatu)
alah bisa tegal kerana biasa
Maksud: Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
alah bisa tegal biasa
Maksud: Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat: Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
ala kadar
Maksud: Setakat yang termampu.
aku nampak olak, kelibatmu sudah kutahu
Maksud: Daripada tingkah laku, dapat diketahui maksudnya.
aku nampak olah, kelibatmu sudah kutahu
Maksud: Daripada tingkah laku, dapat diketahui maksudnya.