Maksud: 1. Dikatakan kepada orang yang tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yang akan kalah
2. Tidak masuk campur dalam perlawanan (perbantahan dan lain-lain)
alah membeli menang memakai
Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat: Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
alah main, menang sorak
Maksud: Biarpun kalah, cakap besar juga
alah mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar
Maksud: Orang yang tidak menepati janji sebaliknya menentang orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas
alah limau oleh benalu
Maksud: Orang yang lama terdesak oleh orang yang baru
alah di rumpun betung
Maksud: Kekalahan yang tidak memuaskan orang (pihak yang kalah)