Maksud: Air untuk membersihkan diri sebelum bersembahyang
air selera
Maksud: Air liur
air sebak
Maksud: Air yang membanjiri sesuatu kawasan
air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud: Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat: Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga
Maksud: Jangan bercampur tangan dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kemudian, kita akan diketepikan
air safar
Maksud: Air yang direstui untuk dijadikan air mandi