Maksud: Segala pekerjaan harus dijalankan dengan menurut peraturan yang ditetapkan
adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah
Maksud: Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak
adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
Maksud: Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama
adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung
Maksud: Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri
adat balai
Maksud: Adat dalam istana raja.
Contoh ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.
adapun manikam itu jika dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya
Maksud: Orang yang berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada