ada udang di sebalik batu

Maksud: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

Contoh ayat: Lelaki yang datang pada waktu senja ke rumah Tuan Haji Hashim agak mencurigakan kerana daripada tindak tanduknya seolah-olah ada udang di balik batu.

ada ubi ada batas, ada hari boleh balas

Maksud: Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.

Contoh ayat: Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.

ada ubi ada batas, ada budi ada balas

Maksud: Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan

Contoh ayat: Mak Cik Limah menjaga rumah Encik Yahya ketika dia ke luar negara. Sebagai balasa, Encik Yahya menghadiahkan sehelai kain kepadanya, ibarat ada ubi ada batas, ada budi ada balas.