Maksud: Ingin melakukan (mendapat) sesuatu yang tidak mungkin tercapai
seperti si buta kehilangan tongkat
Maksud: Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran
Contoh ayat: Suriati tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu.
seperti si buta baru celik
Maksud: Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat.
seperti sengkalan tak sudah
Maksud: Sesuatu yang terlalu buruk rupanya
seperti seludang menolakkan mayang
Maksud: Menyombongkan diri
seperti sayur dengan rumput
Maksud: Amat berbeza