Maksud: Percakapan yang tidak jelas
seperti bunyi gong pecah
Maksud: suara yang tidak sedap didengar
seperti bunga, sedap dipakai layu dibuang
Maksud: Dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dan lain-lain)
seperti bunga raya kembang pagi
Maksud: Muka yang merah padam kerana marah
seperti bunga kembang setaman
Maksud: Pengantin yang dikelilingi gadis-gadis jelita.
seperti bumi dengan langit
Maksud: Jurang perbezaan yang terlalu besar.
Contoh ayat: Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu seperti bumi dengan langit.