Maksud: Bekerja dengan rajin
seperti air digenggam tidak tiris
Maksud: Orang lokek / kedekut / bakhil.
Contoh ayat: Makcik Siah seperti air digenggam tidak tiris kerana dia rela berlapar daripada menghabiskan wang.
seperti air dalam talam
Maksud: dalam keadaan sentosa
seperti air dalam kolam
Maksud: Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
Contoh ayat: Walaupun dia mempunyai masalah yang berat, tetapi dia masih bersikap seperti air dalam kolam.
seperti air basuh tangan
Maksud: mudah diperoleh kerana murah; sudah biasa
seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
Maksud: Tidak selamat