Maksud: Perbuatan yang sia-sia (kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup)
umpan peluru
Maksud: Akan mati kerana menjadi sasaran penembakan
umpan keris
Maksud: Akan mati kerana menjadi sasaran tikaman keris
umpan habis, ikan tak dapat
Maksud: Perbuatan atau usaha yang tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja
umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan
Maksud: Perbuatan atau usaha yang sia-sia, malahan rugi pula
umpan golok
Maksud: Terperangkap atau mati kerana menjadi sasaran golok