Maksud: Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari-cari
mara hinggap, mara terbang enggang lalu ranting patah
Maksud: Perihal seseorang yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan pada hal dia tidak melakukan kesalahan itu
mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah
Maksud: Tidak bersalah tetapi terlibat dalam kesalahan itu
mara bahaya
Maksud: Berbagai-bagai jenis bencan
manusia tahan kias, binatang tahan palu
Maksud: Manusia boleh diajar dengan sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul
manisan lebah
Maksud: Madu