Maksud: Orang lain yang membuat salah, orang lain yang berasa (susah dan lain-lain)
lain lubuk lain ikannya
Maksud: Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan.
Contoh ayat: Sebelum Aini dan Hasan bertolak ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran, mereka telah dimaklumkan bahawa lain lubuk, lain ikannya. Oleh itu, mereka harus mencuba untuk memahami adat resam itu supaya dapat menyesuaikan diri dengan mudah.
lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya
Maksud: Tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya
lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang
Maksud: Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa.
lain gatal lain digaruk
Maksud: Lain yang disoal, lain yang dijawab
lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
Maksud: Masing-masing orang dengan kesukaannya.