Maksud: Perbuatan yang melampau dan tercela
tiada terempang peluru oleh lalang
Maksud: Kemahuan orang yang berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yang lemah
tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki
Maksud: Aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga
tiada terbawa sekam segantang
Maksud: Keadaan seseorang yang sangat lemah (kerana uzur dan lain-lain)
tiada terbawa sekam
Maksud: Seseorang yang dungu rupanya tetapi terlalu jahat perangainya
tiada tentu ekor kepala
Maksud: Rupa orang yang gemuk dan buruk