Maksud: Jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya
enau sebatang dua sigainya
Maksud: Satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya
enau mencari sigai
Maksud: Perempuan mendapatkan (mencari) lelaki
enau memanjat sigai
Maksud: Perempuan mencari lelaki
enau di hutan
Maksud: Seseorang yang suka hidup bersendirian.
enak-lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang
Maksud: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya