Maksud: Hidup merana kerana sakit atau miskin
enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama
Maksud: Pergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja.
Contoh ayat: Percintaan Dollah dengan Tengku Suraya terhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.
enggang lalu ranting patah
Maksud: Kesilapan yang berlalu dengan tidak sengaja meninggalkan kesan buruknya
enggang lalu atal jatuh, anak raja mati ditimpanya
Maksud: Menerima akibat (kemalangan) kerana kebetulan berada di tempat dan lain-lain kejadian itu
enggang lalu atal jatuh, anak raja ditimpanya
Maksud: Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang
enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang
Maksud: Susah senang kita, kita yang merasakannya, susah senang orang tinggallah pada orang (masing-masing menjaga sendiri)