Maksud: Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya sebelum dikatakan mudah atau susah
disangkakan langit itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh
Maksud: Sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang
disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan
Maksud: Mendapat kesusahan kerana memandang ringan terhadap bahaya yang kecil
disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari
Maksud: Disangka senang (baik dan lain-lain) selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dan lain-lain)
disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari
Maksud: Disangka akan senang atau mulia selama-lamanya, tetapi ditimpa bahaya sehingga jatuh melarat
disambut dengan penyapu tak bersimpai
Maksud: Dihalau keluar dari sesuatu majlis kerana dibenci orang