Maksud: Apa yang kelihatan pada lahirnya berlainan dengan keadaan sebenarnya (kelihatan sebagai orang kaya tetapi sebenarnya miskin dan lain-lain)
dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan
Maksud: Zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi
dilelar timba ke perigi, tak sekali, sekali pecah juga
Maksud: Perbuatan yang tidak baik itu kalau diselalukan akan buruk juga padahnya
dilapur ayam betina
Maksud: Dikalahkan oleh perempuan
dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam
Maksud: Diam itu lebih baik daripada berkata
dikit kerja banyak berantun
Maksud: Perihal kemalasan seseorang (orang yang tidak mahu berusaha membuat sesuatu)