bagai hempedu lekat di hati

Maksud: Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab.

Contoh ayat: Walaupun Samad sudah lama berpindah ke bandar dan Harun masih lagi menetap di kampung, namun perhubungan mereka sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati.