Maksud: Barang yang dihayati telah muncul tetapi tidak pasti sama ada boleh memiliki
ada sirih hendak makan sepah
Maksud: Ada yang baik hendakkan yang buruk
ada tangga hendak memanjat tiang
Maksud: Menjalankan sesuatu dengan tidak menurut aturannya
ada taring
Maksud: Berkuasa
ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Maksud: Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan
Contoh ayat: Mak Cik Limah menjaga rumah Encik Yahya ketika dia ke luar negara. Sebagai balasa, Encik Yahya menghadiahkan sehelai kain kepadanya, ibarat ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
ada ubi ada batas, ada hari boleh balas
Maksud: Perbuatan yang jahat akhirnya akan mendapat balasan juga.
Contoh ayat: Zaidi membiarkan Rosman mengatanya kerana dia sedar bahawa ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.