salah hati

Maksud: Terkeliru dan terkusut

salah jalan

Maksud: Melakukan sesuatu yang buruk kerana diberi tunjuk ajar yang salah

salah kata

Maksud: Mengatakan sesuatu yang tidak sebagaimana sepatutnya

salah kena

Maksud: Tidak kena pada tempatnya

salah kira

Maksud: Silap dalam membuat sesuatu keputusan atau sangkaan

salah langkah

Maksud: Silap dalam melakukan sesuatu kerja, silap perhitungan.

Contoh ayat: Perompak itu berjaya juga diberkas oleh pihak polis akibat tersalah langkah.