Maksud: Kerja selesai wang pun habis
sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Maksud: Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga
sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai baju
Maksud: Bekerja dengan tekun dan sabar tentunya akan membawa kejayaan
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Maksud: Tekun dan usaha tentu berjaya.
sehelai sepinggang
Maksud: Pakaian yang ada pada tubuh.
Contoh ayat: Mangsa kebakaran itu tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta benda mereka telah musnah.
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
Maksud: Bersatu padu dalam segala hal.