seperti air dalam kolam

Maksud: Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.

Contoh ayat: Walaupun dia mempunyai masalah yang berat, tetapi dia masih bersikap seperti air dalam kolam.

seperti air digenggam tidak tiris

Maksud: Orang lokek / kedekut / bakhil.

Contoh ayat: Makcik Siah seperti air digenggam tidak tiris kerana dia rela berlapar daripada menghabiskan wang.