Maksud: Gelojoh, tidak memilih baik ataupun buruk
seperti anjing menggonggong bangkai
Maksud: Dikatakan kepada orang laki-laki yang membawa perempuan jahat
seperti anjing menggonggong tulang
Maksud: Orang yang mendapat sesuatu yang disukai dia akan bersifat tamak dan kedekut.
Contoh ayat: Lokman diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengutip duit sewa rumah. Tetapi dia tidak mahu memberikan wang itu kepada bapanya. Sikap lokman tidak ubah seperti anjing menggonggong tulang.
seperti anjing mengunyah tulang
Maksud: Bersungut-sungut
seperti anjing menyalak bukit
Maksud: Seseorang yang menentang orang besar yang berpengaruh tidak akan memberi kesan apa-apa
seperti antah lemukut, berguna dilapar perut
Maksud: Barang yang kurang berharga, kalau terdesak baru digunakan