Maksud: Dikatakan kepada orang tamak yang mendapat sesuatu dengan mudahnya
seperti anjing dengan bayang-bayang
Maksud: Orang yang bersikap tamak
seperti anjing dengan kucing
Maksud: Selalu bertengkar.
Contoh ayat: Perangai dua beradik itu seperti anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti bertengkar.
seperti anjing kedahuluan
Maksud: Seseorang yang didahului oleh orang yang lebih mulia (kaya) dalam hal meminang gadis dan lain-lain
seperti anjing kepala busuk
Maksud: Orang yang telah diketahui kejahatannya, ke mana ia pergi dihinakan orang juga
seperti anjing lapar mendapat tulang, daging segumpal dan sekeping apam
Maksud: Orang yang melakukan sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan