Maksud: Kasih sayang yang merugikan anak
seperti kera kena belacan
Maksud: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan lain-lain).
seperti kera mendapat bunga
Maksud: Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggunakan barang itu.
seperti kera sumbang
Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.
Contoh ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.
seperti keranjang bobos
Maksud: Tamak, tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki
seperti kerbau diatur hidungnya
Maksud: Orang bodoh yang menurut perintah orang