Maksud: Keadaan seseorang yang sangat lemah (kerana uzur dan lain-lain)
tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki
Maksud: Aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga
tiada terempang peluru oleh lalang
Maksud: Kemahuan orang yang berkuasa tidak dapat ditahan oleh orang yang lemah
tiada terjilat oleh anjing
Maksud: Perbuatan yang melampau dan tercela
tiada tertikam tuah oleh berani
Maksud: Orang yang bertuah itu tidak dapat dialahkan dengan keberanian
tiang agama
Maksud: Rukun atau aturan sesuatu agama