wang buta

Maksud: Wang pencen yang dibayar setiap bulan kepada pekerja yang telah bersara

wang cadangan

Maksud: Wang yang disimpan sebagai persediaan dan digunakan apabila diperlukan

wang duduk

Maksud: Elaun untuk ahli dewan rakyat yang menghadiri mesyuarat

wang duka

Maksud: Wang yang diberikan kepada ahli keluarga tentera yang telah terkorban semasa bertugas

wang gantung

Maksud: Wang yang diberikan sebagai sagu hati atau ganti rugi