Maksud: Kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh
yang tegak disokong, yang lemah ditopang
Maksud: Orang yang kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yang miskin patut dibantu pula
yang teguh disokong, yang rendah ditindih
Maksud: Ketidakadilan
yang terpelanting akan dipilih yang terserak tidak dikampungkan lagi
Maksud: Mestilah hemat tetapi apabila perlu jangan kikir mengeluarkan belanja
yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua
Maksud: Pemimpinlah yang bertanggungjawab dalam sesuatu pekerjaan, dan dialah yang akan dipuji atau dimarahi
yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua
Maksud: Pemimpin yang bertanggungjawab (yang mendapat pujian dan celaan)