Maksud: Dengan sukarela dan bukannya dipaksa
baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
Maksud: Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu
baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak
Maksud: Sementara menunggu benda baik, lakukan juga benda berfaedah.
baik budi
Maksud: Berakhlak mulia
baik hati
Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Contoh ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.
baik jadi ayam betina supaya selamat
Maksud: Tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat