basuh mulut

Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.

Contoh ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

batu api

Maksud: Orang yang suka menghasut.

Contoh ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

batu bulat tak bersanding

Maksud: Orang yang kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dan sebagainya, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu)