Maksud: Bekerjasama
berganti tikar
Maksud: Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah meninggal dunia.
bergantung di ekor anjing
Maksud: Orang yang sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan
bergantung di hujung rambut
Maksud: Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.
bergantung kepada rambut sehelai
Maksud: Dalam keadaan yang amat berbahaya
bergantung pada akar lapuk
Maksud: Mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah