Maksud: Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan
berketuk di luar sangkar, bertanam di luar pagar
Maksud: Sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan
berkilat kening
Maksud: Rupa yang elok
berkincir air
Maksud: Cerdik dalam menjawab pertanyaan
berkocak tanda tak penuh
Maksud: Orang yang suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek)
berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelangkang
Maksud: Bercakap besar di belakang tetapi mengaku kalah apabila berhadapan