Maksud: Jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada
bongkok baru betul, buta baru celik
Maksud: Angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat
bongkok dek menganyam, sesat mengelarai
Maksud: Sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan
bongkok dek menganyam, silap mengelarai
Maksud: Sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan
bongkok kail hendak mendapat
Maksud: Tipu muslihat untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri
bongkok kail hendak mengena
Maksud: Tipu muslihat untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri