Maksud: Tipu muslihat itu ialah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri
bongkok kail nak mengena
Maksud: Tipu muslihat itu ialah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri
bongkok sabut
Maksud: Bongkok sedikit.
Contoh ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.
bongkok udang
Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.
Contoh ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya.
buah baju
Maksud: Butang.
buah bibir
Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.
Contoh ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia.