buah dacing

Maksud: Batu yang digunakan untuk menimbang

buah fikiran

Maksud: Pendapat.

Contoh ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

buah hati

Maksud: Orang kesayangan, kekasih.

buah helah

Maksud: Mencari helah.

Contoh ayat: Buah helah yang diguna oleh kanak-kanak itu telah berjaya mengelirukan pencuri.

buah hidup

Maksud: Buah segar yang baru dipetik dari pokok

buah kalam

Maksud: Hasil tulisan atau karya.

Contoh ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.