Maksud: Jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yang berkuasa
jangan ditentang matahari condong takut terturut jalan tak berintis
Maksud: Hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh sesuatu yang elok dan baik rupanya
jangan meludah ke langit
Maksud: Jangan mengeji atau mencela ibu bapa atau saudara mara sendiri
jangan memanah ke langit
Maksud: Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana ia akan membinasakan diri sendiri
jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina
Maksud: Kalau pergi ke negeri orang janganlah menghabiskan harta tetapi hendaklah mencari keuntungan
jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang
Maksud: Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, pasti kita akan dibinasakannya