Maksud: Jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yang jahat itu selamanya jahat
jangan digenggam seperti bara api terasa hangat dilepaskan
Maksud: Sia-sia berbuat pekerjaan yang separuh jalan, terasa penat berhenti
jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting
Maksud: Jangan membiasakan perbuatan yang jahat
jangan disangka ikan lais-lais tiada menyengat
Maksud: Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yang kuat
jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat
Maksud: Jangan memandang rendah orang yang lemah kerana kadang-kadang ia mungkin menyusahkan orang kuat. ikan lais-lais = sebangsa ikan kecil
jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia
Maksud: Sesuatu perkara yang telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat (hendaklah sabar mengerjakannya)