Skip to content

Maksud Peribahasa

Kamus Peribahasa & Simpulan Bahasa Melayu

Posts

Posted on

jika yang baik terperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk terperbuat bersilang telunjuk di bibir

Maksud: Perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan

Posted on

jikalau air racun, rembesnya pun racun juga

Maksud: Jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga

Posted on

jikalau beranak ikut kata bidan

Maksud: Jika kita berkehendak sesuatu daripada orang lain, hendaklah kita turut apa yang dikatakannya

Posted on

jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga

Maksud: Jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pada permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya)

Posted on

jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan

Maksud: Orang yang menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat haruslah dinyahkan

Posted on

jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga

Maksud: Jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga

Posts navigation

Previous page Page 1 … Page 581 Page 582 Page 583 … Page 1,433 Next page

Peribahasa Melayu yang Paling Popular Setiap Hari

  • tanda hayat
  • sarap sehelai dituilkan, batu sebuah diguling
  • gaduh hati
  • bongkok kail nak mengena
© Copyright - maksudperibahasa.com - Privacy Policy - Cara Guna - Hubungi Kami