Maksud: Kapal yang dapat belayar di bawah laut
kapur di hujung telunjuk
Maksud: Tidak dapat menolong sanak saudara
karam berdua basah seorang
Maksud: Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang yang kena hukum
karam di darat
Maksud: Mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yang tidak sepatutnya)
karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali
Maksud: Mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara
karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Maksud: Kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih daripada kehilangan harta