Maksud: Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa.
lain ladang lain belalang, lain lubuk lain ikannya
Maksud: Tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya
lain lubuk lain ikannya
Maksud: Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan.
Contoh ayat: Sebelum Aini dan Hasan bertolak ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran, mereka telah dimaklumkan bahawa lain lubuk, lain ikannya. Oleh itu, mereka harus mencuba untuk memahami adat resam itu supaya dapat menyesuaikan diri dengan mudah.
lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh
Maksud: Orang lain yang membuat salah, orang lain yang berasa (susah dan lain-lain)
lain mangkuk lain cawan
Maksud: Pembawaan dan kesukaan yang berlainan
lain orang memperanakkan, lain dipanggil bapa
Maksud: Keuntungan tidak selamanya didapatkan oleh orang yang berhak menerimanya