Maksud: Sudah berlaku apa-apa yang dimaksudkan atau yang dicita-citakan
nan jauh tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi
Maksud: Tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dan lain-lain)
nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpuh penghuni rumah
Maksud: Setiap orang mempunyai kelebihannya sendiri; simbol perpaduan yang kuat
nanti-nantian bagai berlakikan raja
Maksud: Perihal orang yang berhajat kepada seseorang yang tidak sangat berkehendak kepadanya
nasi Berdetus
Maksud: Nasi separuh masak
nasi damai
Maksud: Nasi yang dihidang kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.
Contoh ayat: Pengantin baru dihidangkan nasi damai selepas mereka bersanding.