pandai makan, pandailah simpan

Maksud: Jika ada perkara yang rahsia, pandailah menjaganya agar tidak diketahui orang.

Contoh ayat: Perbuatan Jamil menyembunyikan rahsia dirinya umpama pandai makan, pandailah simpan.

pandai makan, tak pandai simpan

Maksud: Tidak tahu menyimpan rahsia.

Contoh ayat: Apa juga rahsia jangan dicerita kepada Rogayah kerana dia pandai makan tak pandai simpan.