Maksud: Hasil yang sedikit itu digunakan dengan berpada-pada
dalam menunduk ia menyonggeng
Maksud: Seseorang yang berlainan mulut dengan hatinya
dalam madu berisi hempedu
Maksud: Jangan mudah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang jahat
dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu
Maksud: Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
dalam kekeringan
Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
Contoh ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.
dalam genggaman tangan orang
Maksud: Di bawah kuasa orang lain