dabik dada

Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.

Contoh ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

curi tulang

Maksud: Pemalas.

Contoh ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.

curi hati

Maksud: Memikat hati.

Contoh ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim.