Maksud: Rakus, tamak
buruk sangka
Maksud: Salah sangka.
Contoh ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.
buruk perut
Maksud: Kuat makan
Contoh ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.
buruk perahu buruk pangkalan
Maksud: Tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja)
buruk pandang
Maksud: Pandangan yang tidak menyenangkan hati serta mengandungi maksud sindiran
buruk mulut
Maksud: Percakapan yang kasar.
Contoh ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.