Maksud: Menjalankan (melakukan) pekerjaan yang sukar sungguhpun tidak berat
bagai menyandang galas tiga berat tak berapa rintangnya yang lebih
Maksud: Pekerjaan yang senang tetapi susah hendak melakukannya
bagai menyandang galas tiga
Maksud: Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya
bagai menumbuk padi hampa
Maksud: Hal seseorang yang terbilang kekayaannya tetapi yang sebenarnya dia miskin
bagai menjenguk jerat sial
Maksud: Benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa melakukannya juga
bagai menjaga permata intan semasa dicanai
Maksud: Kasih yang amat sangat (suami terhadap isteri dan lain-lain)