Maksud: Adat yang tidak sesuai dengan hukum tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak
adat lurah timbunan sarap
Maksud: Orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal
adat lembaga
Maksud: Adat lama yang dilakukan turun-temurun.
adat lama pusaka usang
Maksud: Adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu
adat juara kalah menang
Maksud: Dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi)
adat istiadat
Maksud: Berbagai-bagai adat kebiasaan.