Maksud: Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
Maksud: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis
sesak dada
Maksud: Penuh dengan kesusahan kerana menghadapi pelbagai masalah yang sulit
sesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu
Maksud: Perihal orang yang tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga
serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
Maksud: Bersatu hati dalam segala hal
serumpun bagai serai, seliang bagai tebu
Maksud: Bersatu hati dalam segala hal