Maksud: Mengajar seseorang yang arif atau pandai.
seperti mengadu tuntung jarum
Maksud: Menyatakan fikiran yang sukar-sukar itu terlalu susah
seperti menendang landak
Maksud: Menganiaya orang bawahan akan membinasakan diri sendiri
seperti menelan pil
Maksud: Selepas menerima dan menggunakan nasihat, baru nampak faedahnya
seperti mendukung biawak hidup
Maksud: Sengaja mengerjakan sesuatu yang akan menyusahkan diri;mempunyai anak atau isteri yang sangat menyusahkan hati.
seperti mendapat gagak putih
Maksud: Mendapat tuah