Maksud: Orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan
seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya
Maksud: Menghukum anak ialah untuk memperbaiki kelakuannya, bukan untuk menyeksa
seperti kerbau dicucuk hidungnya
Maksud: Orang bodoh yang menurut perintah orang
seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud: Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain.
seperti kerbau diatur hidungnya
Maksud: Orang bodoh yang menurut perintah orang
seperti keranjang bobos
Maksud: Tamak, tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki